Penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip dilihat membuat perkongsian di media sosial selepas berang dirinya dituduh mengambil ‘barang’ disebabkan saiz tubuh badannnya yang kelihatan semakin kurus.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Hafiz dilihat sedang bersenam serta memberikan ‘amaran’ kepada pihak yang melemparkan tuduhan negatif kepadanya.
“Mana mat pet yang cakap aku isap batu (dadah) tu. Izinkan aku sepak muka korang sorang-sorang boleh.”-kapsyen Hafiz di TikTok
@ ♬ –
Dibanjiri Kata-Kata Semangat
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan kata-kata semangat, malah ada yang turut memintanya agar mengabaikan sahaja kata-kata negatif yang ditujukan kepadanya itu.
“Hafiz, pedulikan apa orang cakap, yang penting Move On, buktikan yang Hafiz tak seperti apa diorang lemparkan. Semangat ya.”
“Lepas tengok interview Ajai tadi, saya just nak cakap stay strong Hafiz. InsyaAllah pasti ada sinar. Jangan give up. Terus melangkah.”
“Dugaan dunia Hafiz, jalan terus je janji kita ada DIA dalam dada. Been your fan since AF. Tak sabar nak pergi konsert 31hb ni nak tengok Hafiz live!!.”
“Dulu aku pun gini masa tengah serabut. Semoga kekal dan istiqomah.”
“Saya salah seorang peminat suara Hafiz. Semoga Allah permudahkan urusanmu.”
“Antara artis yang paling sedap suara, minat betul.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat Hafiz agar segala urusannya dipermudahkan dan berada dalam keadaan baik.