Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hairan Bagaimana Honor X9b 5G Tak Pecah Walaupun Kena Tembak? Ini...

    [VIDEO] Hairan Bagaimana Honor X9b 5G Tak Pecah Walaupun Kena Tembak? Ini Rahsianya!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Awal tahun ini, Honor telah memperkenalkan Honor X9a 5G yang disertakan dengan paparan OLED yang begitu kuat. Namun semalam, Honor telah melancarkan Honor X9b 5G, yang pastinya lebih baik dan bukan sahaja kekuatan pada skirin, tetapi juga casis ‘Tahan Lasak Semua Sudut’.

    YouTube video

    Terdapat banyak video di kongsikan menunjukkan selepas Honor X9b 5G diuji tahan lasak dan ternyata ia sangat kuat.

    Sehinggakan di uji dengan hentakan kuat malah ditembak namun ia masih baik dan tidak pecah. Apa rahsianya?

    Seperti yang disebut semasa pelancaran, perkara paling utama diberi perhatian Honor X9b 5G yang paling unik ialah paparan melengkung 6.78 inci ‘Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR baharunya.

    Honor mengatakan bahawa paparan ini menggunakan struktur tiga lapisan iaitu bermula dengan

    • Perlindungan Pengukuhan Titik Tunggal
    • Perlindungan Kedap Dalam
    • Balutan Kusyen

    Struktur ini memberikan perlindungan buffer di sekeliling skrin, bersama-sama dengan bahan kusyen modulus rendah yang memberikan penyerapan impak yang lebih baik berbanding sebelumnya dengan rintangan jatuh dari ketinggian 1.5m.

    Ia merupakan telefon pertama di dunia mendapat pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut yang dianugerahkan oleh SGS Switzerland.

    Honor X9b 5G boleh didapati mulai 10 November dan seterusnya dari Honor Malaysia eStore, kedai rasmi mereka di Shopee, Lazada, TikTok, rakan kongsi telekomunikasi mereka serta peruncit rakan kongsi mereka di seluruh negara. Ia akan datang dalam hanya satu konfigurasi dengan 12GB RAM dan storan 256GB, berharga RM1,499.

    Anda boleh membuat prapesanan mulai sekarang hingga 9 November, dan semua prapesanan Honor X9b 5G akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM978 juga, termasuk sepasang  Honor Choice X5 true wireless earbuds, Honor Choice MOECEN band dan penggantian retak depan & belakang 365 Hari.

    ALSO READ:  ‘Jangan Pandang Rendah Pada Mereka Yang Lama Pendam & Mendiamkan Diri’ – Ruhainies

    Nantikan review penuh Honor X9b 5G dari MURAI selepas ini.


    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts