Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha serta anak perempuan mereka, Alisa Aisyah telah dijangkiti virus Influenza B baru-baru ini.
Keadaan di hospital
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris, 35, berkongsi keadaan dia sekeluarga ketika menerima rawatan di sebuah hospital.
Difahamkan Hairul, Hanis dan anak bongsu mereka itu telah dijangkiti virus tersebut sejak 10 hari lalu.
10 hari kami tiga beranak tumbang sebab influenza.
Sementara itu, pada video tersebut kelihatan Alisa sedang diperiksa oleh doktor dan dia tidak menangis meskipun masih sakit.
Hairul kemudian menjenguk Hanis yang dilihat tidak berdaya dan hanya terbaring di atas katil.
Ini mummy dia. Kami semua dijangkiti influenza B.
Alisa bawa pedang kekuatan dia Roronoa Zoro 24 jam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesembuahan mereka sekeluarga.
Semoga Allah beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan segalanya buat seluruh keluarga Hairul Azreen.
Allahu. Semoga semuanya cepat sembuh insya-Allah.
Semoga cepat sembuh Hairul sekeluarga. Alisa sangat berani.
Dalam pada itu, ada juga di antara warganet yang turut berkongsi pengalaman yang sama ketika dijangkiti virus tersebut.
@hairul_azreen88 Alisa bawa pedang kekuatan dia Roronoa Zoro 24jam
? original sound – Hairul Azreen 88 – Hairul Azreen 88