Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hairul Azreen Kongsi Momen ‘Dating’ Dengan Hanis Zalikha, Lain Pula Yang...

    [VIDEO] Hairul Azreen Kongsi Momen ‘Dating’ Dengan Hanis Zalikha, Lain Pula Yang Jadi?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian pelakon, Hairul Azreen mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen bersama isterinya yang juga pelakon, Hanis Zalikha di media sosial, baru-baru ini.

    Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan Hairul sedang merakam kehadiran isterinya, Hanis yang anggun menggayakan sweatshirt berwarna kelabu serta selendang berwarna hitam di sebuah restoran.

    “Meeting / Dating with CEO Hanis Zalikha.”-kapsyen ringkas Hairul Azreen di TikTok

    Hidung Berdarah Kerana Jarum Peniti

    Walaubagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila Hairul menunjukkan bahagian hidungnya yang mengalami pendarahan kecil disebabkan jarum peniti yang berada pada selendang Hanis.

    “Hidung berdarah, tersangkut jarum.”-kata Hairul sambil menunjukkan hidungnya itu

    @hairul_azreen88

    Meeting / dating with CEO @Hanis Zalikha

    ♬ Myself – Bazzi

    “Mesti Terpegun Tengok Hanis Zalikha Sampai Hidung Berdarah…”

    Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pasangan kepada dua cahaya mata ini, malah ada yang sempat berseloroh hidung Hairul berdarah adalah disebabkan terpegun melihat kecantikan Hanis Zalikha.

    “Mesti terpegun tengok Hanis Zalikha sampai hidung berdarah 😭.”

    “Sampai darah hidung tu. Jangan cuba-cuba kau nak curang bang.”

    “Tolong jaga pasangan ini ya Allah.”

    “Kalau ya pun, jangan laa sampai berdarah pulak hidung tu 😂🙏.”

    “Jarum punya pasal hidung berdarah.. Ahh sudah 😂😂😂😂.”

    “Buat report polis cepat 🤣.”

    “Mesti kiss dari tepi ni 😂😂😂.”

    “Itu laki sendri tengok bini smpai hidung berdarah..”

    “hahahahaha kena pin jarum 🤣😜 aduuu la kesian + nak gelak jugak.”

    Sekadar info, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts