Hairul Azreen Idris ialah seorang pelakon, model, pelawak seram, dan pengarah dalam industri seni di Malaysia. Hairul memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan, sebagai pelawak seram sebelum menceburi dalam bidang lakonan.
Juara Fear Factor Malaysia musim pertama tersebut telah mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan blogger iaitu Hanis Zalikha. Mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
“Tempat Menyelam Paling Dalam Di Dubai”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hairul Azreen yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 104 ribu dan sebanyak 439 komen.
Di dalam video tersebut, memaparkan Hairul Azreen yang melakukan aktiviti menyelam di kolam terdalam di Dubai iaitu 60 meter. Tempat itu juga adalah tempat yang sama pernah dikunjungi oleh Will Smith pada tahun 2021 yang lalu.
@hairul_azreen88 Happy new year from @Deep Dive Dubai
Rata-rata netizen teruja melihat Hairul Azreen menyelam di tempat tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa untuk pergi menyelam di tempat tersebut adalah impian kebanyakkan individu, oleh kerana harga tiket dan tempat tersebut berada di luar Malaysia.
Harga tiket untuk menyelam di tempat tersebut dianggarkan bermula sekitar US $409.09 iaitu bersamaan dengan RM2,268.94 untuk 2 jam.
Apa-apa pun, setiap individu rezekinya berbeza dan semuanya telah diaturkan baik oleh sang pencipta. Semoga kita semua sentiasa mensyukuri nikmat yang diperolehi kita pada hari ini.
Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?