Impian anak kepada pelakon Hairul Azreen iaitu Alisa Aisyah ditunaikan apabila dia dapat bertemu dengan pemain badminton kebangsaan Lee Zii Jia.
Alisa teruja
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pada awalnya Hairul memberitahu puterinya itu bahawa Lee Zii Jia telah pun pulang dari rumah mereka.
Lee Zii Jia dah balik, lain kali okay.
Kelihatan air muka Alisa sangat kecewa dan menangis kesedihan kerana tidak dapat bertemu dengan bekas juara All England 2021 itu.
Saya nak jumpa dia.
Bagaimanapun, pemain perseorangan negara itu kemudian membuat kejutan dengan mengunjungi ke rumah mereka semula.
Semalam daddy kata Lee Zii Jia nak datang, tapi Alisa dekat sekolah. Terima kasih uncle Lee Zii Jia sebab datang balik.
Anak bongsu kepada aktor itu kelihatan teruja dan gembira apabila dapat bertemu dan meluangkan masa bermain badminton bersama Lee Zi Jia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat kanak-kanak berusia lima tahun itu ketika bertemu idolanya.
Aunty kalau menangis, 20 abad pun belum tentu Lee ZiI Jia kesah.
Dasyat punya ‘smash’, uncle Lee Zii Jia pun takut.
Selalu budak perempuan lain nak jumpa artis, dia nak jumpa Lee Zii Jia. Comel sangat.
Orang lain punya susah nak jumpa, bapa Alisa elok je call dia suruh datang.