Usahawan tudung terkenal, Puan Haliza Maysuri mencuri tumpuan warganet di TikTok kerana memberi RM10,000 kepada ibunya sempena hari raya tahun ini.
Sampul paling buruk abad ini
Menerusi video berdurasi 2:16 saat, Haliza dilihat sedang bersalaman dan memeluk ibunya sebelum memberi sampul duit raya.
Haliza turut membantu ibunya membuka sampul duit raya tersebut. Paling mencuri tumpuan, ibu Haliza kelihatan terkejut sebaik sahaja melihat jumlah wang yang berada di dalam sampul raya yang diberikan itu.
Sampul raya paling buruk abad ini, sekali bagi mak berapa duit raya tahun ini? Jadi manusia biar buruk rupa jangan buruk hati. Orang yang dihina lagi murah rezeki.
Menjengah di ruangan kapsyen, Haliza memberitahu bahawa ibunya berasa sedih sebelum ini apabila sampul raya jenamanya viral.
Video
@halizamaysuri Setiap tahun sampul raya buruk ini bagi Mak duit raya RM10,000.00 biar anak Mak di hina buruk tapi rezeki anak Mak melimpah ruah Mak jgn kecik hati. Mak mana tak sedih bila maid bagi tahu sampul raya Bawal Exclusive Viral tahun ni, maid pula tolong bacakan Berbagai lontaran kata2 yang tak boleh disebut dibulan mulia.
? Takbir Idul Fitri – Hidayat