Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hana Ismail Akui Bukan Mudah Jaga Anak Tanpa Suami – ‘Kalau...

    [VIDEO] Hana Ismail Akui Bukan Mudah Jaga Anak Tanpa Suami – ‘Kalau Boleh Saya Tak Nak Ulang Balik 21 Hari Itu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Personaliti televisyen dan juga isteri kepada pendakwah bebas Da’i Syed, Hana Ismail mengakui bukan mudah untuk membesarkan anak tanpa kehadiran suami di sisi.

    Figura ayah

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Pakej Pantang Lavender Confinement Care ??????????????????????? (@lavenderconfinementcare)

    Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Hana percaya setiap wanita yang bergelar ibu tidak mahu membesarkan cahaya mata mereka bersendirian apatah lagi menjadi ketua keluarga.

    Saya rasa semua wanita dan ibu tak mahu itu terjadi. Tak ada wanita yang hamil dan melahirkan anak mahu membesarkan anaknya seorang diri.

    Sebab figura seorang ayah di dalam keluarga sangat-sangat besar. Kalau ditanya kepada perempuan, tak ada seorang pun yang nak jadi nakhoda di dalam kapal.

    Bercerita tentang pengalaman lalu, Hana berkata, bukan mudah untuk dia melalui fasa sebagai ibu apabila suaminya dipenjarakan selama 21 hari.

    Tapi apa-apa pun kita kena persiapkan diri kita juga.

    Kepada perempuan yang menjadi nakhoda di dalam keluarga..dialah ayah, dialah ibu, saya faham perasaan itu sebab selama 21 hari itu saya melaluinya.

    Kalau boleh saya tak nak ulang balik 21 hari itu dan saya doa agar tak terjadi perkara yang sama kepada wanita dekat luar sana. Bukanlah satu benda yang mudah.

    Kagum dengan wanita

    Dalam pada itu, Hana kagum dengan wanita di luar sana yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah selain menekankan tentang kepentingan sokongan daripada keluarga serta masyarakat.

    Saya salute pada wanita yang terpaksa menjadi ayah dan ibu di dalam keluarga. Bukan mudah sebab itulah kita kena ada sokongan yang sangat bagus, yang sangat penting.

    Sokongan ini tak semestinya datang daripada dalam keluarga, kadang kala kita kena cari.

    Terdahulu, selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi pada 20 September lalu.

    ALSO READ:  Aisha Retno Bersedia Bersemuka Dengan Yuka Kharisma – ‘Saya Tunggu Kata Maaf & Sedia Beri Kata Maaf’

    Imbas kembali, pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts