Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hana Ismail Syukur Ambil ‘Confinement Lady’ Ketika Berpantang – ‘Saya Kena...

    [VIDEO] Hana Ismail Syukur Ambil ‘Confinement Lady’ Ketika Berpantang – ‘Saya Kena Kuat Untuk Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Personaliti televisyen, Hana Ismail mengucapkan rasa syukur selepas dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.

    Fasa berpantang

    @lavenderconfinementcare

    Dengan adanya bantuan daripada Confinement Lady ataupun CL, sedikit sebanyak membantu Puan @???? ?????? untuk melalui fasa berpantang dengan baik. CL banyak memberi sokongan dan dorongan untuk terus berpantang dengan baik? Semoga dipermudahkan urusan Puan Hana sekeluarga? #pakejoversea #pantangdenganlcc #parentingjourney #pakejpantang #pantangjourney #fyp? #pantangmodern

    ? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Hana memberitahu pada awalnya dia dan suami tak serius untuk mencari ‘confinement lady’ kerana sudah berbincang untuk menjaga anak mereka bersama-sama.

    Alhamdulillah, saya rasa Allah dah susun cerita itu cantik sangat.

    Ketika saya hamil, saya tak begitu serius untuk mencari ‘confinement lady’ untuk menjaga saya sepenuh masa.

    Perbincangan dengan suami ketika itu adalah kami akan jaga bayi ini sama-sama, maknanya saya akan susukan anak manakala suami akan uruskan ‘burping’, jaga malam dan sebagainya.

    Menurut isteri kepada pendakwah bebas Da’i Syed itu, dia mengakui perlu mencari kekuatan terutama ketika suaminya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

    Tapi ditakdirkan Allah, perkara itu jadi kepada kami.

    Ketika itu adalah memang waktu yang saya sangat perlukan sokongan sebab saya sedang mencari kekuatan. Nak bangunkan semula kekuatan mental dan spiritual saya dan kadang-kadang kita terlupa untuk bangunkan kekuatan fizikal juga.

    Dalam pada itu, Hana berkata, ‘confinement lady’ yang dikenali sebagai Kak Ros banyak membantu dan memberi semangat kepadanya.

    Hari pertama selepas keputusan, saya pulang dan susukan anak..Kak Ros pun peluk saya.

    Dia kata, ‘sabar puan, puan kena makan kalau tak, tak boleh nak susukan anak.’

    Saya fikir, saya tak boleh berada dalam keadaan yang lemah, saya kena kuat untuk anak saya.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat untuk Hana agar dia tabah menjalani ujian yang menimpa.

    Hebatnya dia. Tetap taat, tak aibkan suami walaupun suaminya silap. Kuatlah Hanna untuk anak.

    Hana, jangan banyak menangis Allah ada. Jaga dirimu dan anak sebaiknya.

    Awak wanita terpilih. Allah uji awak sebab Allah tahu awak mampu.

    Terdahulu, selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi pada 20 September lalu.

    ALSO READ:  Inside Scoop Perkenal Perisa Tempatan Istimewa Untuk Menghargai Lokal Legends Sempena Merdeka Ini

    Imbas kembali, pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts