Sejak menjadi penyampai radio Fly FM, ramai yang mula menyedari bahawa Haniff Hamzah fasih berbahasa Inggeris.
Artikel berkaitan: Duo DJ Ikonik Ean & Haniff Berganding, Kendali Rancangan Pagi Baharu Di Fly FM
Dilatih ibu bapa
Malah, ada juga yang menyangka Haniff pernah melanjutkan pelajaran di luar negara berikutan dia handal berkomunikasi dalam bahasa tersebut.
Menyangkal perkara itu, Haniff, 39, memberitahu dia dilatih menggunakan bahasa Inggeris sejak kecil di rumah oleh ibu bapanya.
Sebenarnya saya tidak belajar jauh pun, tiada degree luar negara. Saya hanya ambil diploma di Malaysia.
Paling jauh saya belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, itu yang paling jauh dari Kuala Lumpur.
Tetapi jika ada yang tanya kenapa saya pandai bahasa Inggeris kerana keluarga saya bercakap dalam bahasa Inggeris.
Haniff berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Haniff berkata, latar belakang pendidikan dan kerjaya orang tuanya turut menjadi faktor dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Mak saya belajar di tahap yang tinggi, universiti luar negara. Jadi di rumah mak boleh cakap loghat Kelantan dan bahasa Inggeris.
Manakala bapa saya pula yang berasal dari Johor merupakan seorang tentera pada tahun 1968 dan saya percaya ketika itu askar-askar masih menggunakan bahasa Inggeris.
Kalau dekat rumah ayah akan marah dalam bahasa Inggeris juga. Jadi, sepanjang saya membesar, kami satu keluarga bercakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Jika anda tanya saya, cara paling mudah untuk pelajari bahasa Inggeris adalah menerusi televisyen atau bahan bacaan.
Video
@haniffhamzah Replying to @Pok Ed Demo semua kena banyak practice english deh, baru kemah boh ? #English #Belajar #LearnEnglish #sembangEntertainment #HaniffHamzah ? original sound – Haniff Hamzah