Nama Hannah Adlina Blackburne Birch atau lebih dikenali sebagai Hannah Delisha, tidak asing lagi dalam Industri seni tanah air. Seorang pelakon, penyanyi, model dan pengacara yang berasal dari Singapura.
Hannah Delisha juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai ‘Kakcik Wujud’ kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti paranormal dengan anggota-anggota krew Wujud.
Bermula kariernya sebagai penyanyi di Singapura dan kemudian Hannah Delisha berkecimpung dalam dunia lakonan di Singapura, selepas memenangi banyak award di sana, beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2017 bagi mengembangkan lagi sayapnya dalam dunia lakonan.
“Sedap Betul, Macam Dalam Recording Weyhh”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @h4rieyyquinn yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 602 ribu, tanda suka sebanyak 59 ribu dan sebanyak 340 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Hannah Delisha yang duduk di bahagian penumpang kemudian menyanyikan lagunya yang berjudul ‘Esok Masih Ada’.
@h4rleyyquinn
Bukan selalu dapat 😋 nak dengar full kena minta dekat @Hannah Delisha 🫣
♬ original sound – jester. – jester.
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Hannah Delisha merupakan seorang penyanyi yang berbakat dan boleh menyanyi di mana sahaja.
Apa-apa pun, semoga Hannah Delisha terus menghasilkan karya-karya lagunya yang berkualiti terutama buat peminat-peminatnya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?