Nama jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih mesra disapa sebagai Jojo, menjadi perhatian ramai di media sosial berikutan dia ditawarkan wang berjumlah RM200,000 daripada seorang wanita yang menggelar dirinya sebagai ‘mami’.
Nak bagi kepada mereka yang perlu
Berikutan daripada tawaran tersebut, Johan dilihat membalas mesej berkenaan dan memberikan nombor akaun banknya. Tanpa disangka, Johan menerima banyak transaksi daripada orang ramai selepas itu.
Menurut Johan, dia menerima transaksi serendah satu sen dan paling tinggi sebanyak RM345.67. Oleh sebab itu, dia mahu memberikan semula wang tersebut kepada golongan yang memerlukan.
Aku nak bagi balik duit yang anda semua bagi ni kepada mereka yang memerlukan. Aku tak perlukan duit tu.
Tambah Johan, dia berharap orang ramai di luar sana boleh berhenti memberikan wang kepadanya.
Video
Di samping itu, Johan turut meluahkan rasa terkejut apabila rakan-rakannya yang telah lama mendiamkan diri sebelum ini sanggup menghantar kiriman mesej berbentuk pujian sebaik sahaja mengetahui dia akan memberikan wang tersebut kepada golongan yang memerlukan.
Hari-hari aku post story, tak ada kawan lama pun yang reply. Post sekali pasal nak bagi duit, hari ni macam-macam. Aku handsome, baik, kawan lama sejak darjah satu. Korang ni memang aduh.