Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail meninggalkan pesanan buat anak-anak di luar sana agar sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa agar urusan hidup dipermudahkan.
Hubungan dengan ibu bapa dah check?
@hrisbismailKalau anda anda belum lagi Menjawab panggilan Ibu ayah anda , silalah buat segera inn sha Allah bermanfaat? original sound – Hrisbismail
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memberitahu seseorang itu diredai Allah apabila ibu bapa sayang pada anak tersebut.
Bila kita ada masalah, kita tanya apa punca masalah ini.
Banyaknya soalan kita tentang hal dunia yang kita risaukan.
Tapi nak tanya satu soalan, hubungan dengan ibu bapa macam mana?
Kalau kita tak kisah tentang ibu bapa, jangan mimpilah urusan-urusan lain nak dipermudahkan.
Dalam pada itu, suami kepada usahawan terkenal, Neelofa mengingatkan untuk menjawab panggilan ibu bapa kerana akan mendatangkan manfaat pada kehidupan harian.