Pelakon dan penyanyi meningkat naik Harissa Adlynn mendedahkan dia pernah didekati oleh selebriti lelaki termasuk pelakon senior.
Pendedahan Harissa
Ketika ditemui , Harissa atau nama lengkapnya Harissa Adlynn Halim berkata, antara yang pernah mendekatinya adalah seorang selebriti yang berstatus suami orang dan memiliki cucu.
Yang mendekati itu ada, tapi kita kena pandai untuk mengelak. Ada juga pelakon senior yang sudah bergelar suami orang dan bercucu datang mendekati.
Dalam masa yang sama, aktres berusia 21 tahun itu juga pernah didekati secara fizikal.
Ketika berlakon dia akan berpura-pura terpegang tangan, tetapi sebagai seorang perempuan saya tahu apa niatnya.
Harissa berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Benci Jadi Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.
Tetap profesional
Walau bagaimanapun, pelakon filem The Lord Musang King tersebut bertegas untuk tidak melayan dan menepis malah memilih untuk bersikap profesional ketika bekerja.
Saya tetap akan berlakon seperti biasa dan profesional. Tetapi jika dia tidak menghormati saya dan melampaui batas, saya berhak untuk melakukan sesuatu dan bersuara.
Kalau ada yang melebih-lebih, saya akan menegur mereka dan mengatakan yang saya tidak selesa tetapi setakat ini ramai yang memahami apabila saya berkata begitu.
Dalam perkembangan lain, Harissa telah menjayakan sebuah drama bersiri vertikal pertama iaitu Benci Jadi Cinta yang disiarkan di platform TikTok Drama Sangat.
Drama tersebut berkisarkan tentang tema cinta dan komedi yang turut membariskan Syahmie Thsaqeef dan Zheng Ning sebagai teraju utama.