Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Harith Iskander & Dr Jezamine Sudah Berusaha Selamatkan Rumah Tangga, Bercerai...

    [VIDEO] Harith Iskander & Dr Jezamine Sudah Berusaha Selamatkan Rumah Tangga, Bercerai Jalan Terakhir – ‘Perkahwinan Mana Yang Tiada Masalah?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pelawak, Harith Iskander, 58, memberitahu dia dan bekas isteri, Dr Jezamine Lim sudah beberapa kali berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

    Telah mencuba

    harith ceraiharith cerai

    Harith ketika ditemui bagaimanapun akur apabila usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil dan memilih perceraian sebagai jalan terakhir.

    Sudah lama kami berusaha untuk selamatkan rumah tangga ini, bukan dari pihak saya sahaja tetapi dari pihak Jezamine juga. Kami sudah lakukan segala-galanya (usaha) dan tetapi perpisahan adalah langkah yang seterusnya.

    Dalam perkahwinan mana yang tiada masalah. Kalau anggap masalah itu sebagai sebab perceraian, tak bagus juga. Setiap hubungan ada masalah yang bezanya seberapa besar masalah itu yang akan membawa kepada keburukan.

    Harith berkata demikian sejurus prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Sementara itu, Harith berkata, meskipun sudah berpisah, dia masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri demi anak-anak.

    Perkara ini semua berjalan dengan lancar dan kami sudah tiba di satu tahap bersetuju dalam semua aspek untuk perceraian ini.

    Ketika melafazkan talak, pastinya sedih tetapi secara peribadi, kedua-duanya setuju dan dapat ‘move forward’ dalam kehidupan masing-masing.

    Selepas ini kami akan teruskan pekerjaan seperti biasa. Kami ada syarikat yang perlu diuruskan, berjalan seperti biasa. Hanya dari segi suami isteri, tiada lagi. Tetapi hubungan masih baik sebagai kawan dan rakan perniagaan.

    Anak-anak, kami sudah beritahu kepada mereka. Kami juga buka ruang kepada mereka untuk bertanya apa sahaja. Bagi saya mereka okay, kami akan pastikan tiada apa yang akan menggangu mereka dari segi sosial.

    Dalam pada itu, disoal adakah berkemungkinan akan kembali bersama pada masa akan datang, Harith meletakkan perkara itu pada takdir Ilahi.

    Itu semua di tangan Allah, tiada siapa yang boleh kata segalanya akan terjadi esok. Masa sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok akan kahwin. Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, insya-Allah.

    Terdahulu, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.05 tengah hari, Khamis.

    ALSO READ:  Alif Teega Kahwin Lagi, Mohon Orang Ramai Henti Buat Spekulasi!

    Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine pada bulan lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts