Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Harith Iskander Tak Tahu Nama Terpalit Dengan Isu Curang, Model Cantik...

    [VIDEO] Harith Iskander Tak Tahu Nama Terpalit Dengan Isu Curang, Model Cantik Rupanya Kenalan Dr Jezamine – ‘Jumpa Di Event, Hai Hai Macam Itu Ja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    model harith 1model harith 1
    Bekas isteri pelakon dan pelawak, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim menepis spekulasi yang mengaitkan perceraian mereka dengan seorang model.

    Jadi perhatian ramai

    anak harith 1anak harith 1

    Ketika ditemui , Jezamine memaklumkan bahawa dirinya memang mengenali model tersebut namun bukan sebagai kenalan rapat.

    Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius. Janganlah tumpu perhatian pada dia, buang masa saya saja. Kenal-kenal gitu saja. Bukan kawan, jumpa di acara, hai hai gitu.

    Bukan macam duduk lepak dan keluar bersama.

    Tambah Jezamine, dia menyifatkan isu yang timbul ini ibarat ‘menangguk di air keruh’ di kala berita perceraian mereka menjadi perhatian ramai.

    Pada saya, bila isu ini mendapat perhatian media, ramai yang nak mengambil kesempatan.

    Jadi, sekarang ini saya dah tahu siapa kawan yang sebenarnya dan siapa yang mahu meraih perhatian media.

    Jezamine berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas perbicaraan kes hadanah dan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Ketika ditanya adakah model berkenaan ada menghubunginya selepas gosip itu timbul, usahawan berusia 41 tahun itu berkata dia tidak mahu berhubung dengan mana-mana individu yang mendatangkan aura negatif dalam kehidupannya.

    Saya tak nak berhubung dengan sesiapa (selepas perceraian) kerana saya dan Harith tidak mahu mempunyai hubungan dengan mana-mana individu yang negatif.

    Kalau kita tahu seseorang itu begitu (negatif), jadi jauh saja dari mereka.

    Sementara itu, Harith memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui mengenai gosip yang mengaitkan namanya itu.

    Malah, pelawak berusia 58 tahun itu menganggap hal itu digunakan seseorang untuk mengambil kesempatan untuk meraih perhatian media.

    Secara ikhlas saya beritahu, sebenarnya saya tak baca apa-apa cerita daripada netizen dan bagi saya, ada orang yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan perhatian buat diri mereka.

    Bagi saya benda-benda macam ini akan panas sekejap dan kemudiannya ‘mati’ terus.

    Terdahulu, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.05 tengah hari, Khamis.

    ALSO READ:  Ali XPDC Dah Boleh Bernafas Seperti Biasa, Tak Perlu Bantuan Oksigen

    Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine pada bulan lalu.

    Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

    Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts