Pelakon, Hariz Hamdan ketika ini sedang bercuti di Pamukkale iaitu sebuah bandar bersejarah yang terletak di negara Turkiye.
Bercuti di Pamukkale
@harizhamdannFact i discovered during my trip to Pamukkale? original sound – Hariz hamdan
Terbaharu, Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan berkongsi momen dirinya ketika berada di sebuah kolam semula jadi yang membentuk sejenis batu yang dipanggil ‘Travertine’.
Menerusi video tersebut, Hariz berkongsi cara bagaimana pembentukan ‘Travertine’ itu berlaku dalam bahasa Inggeris.
Ini adalah batu ‘Travertine’ dan ia terbentuk melalui kolam semula jadi di sebelah sana.
Kolam semula jadi yang terletak di Pamukkale ini sangat tinggi dengan mineral dan memancarkan banyak karbon monoksida ke udara.
Karbon monoksida itu kemudiannya akan bertukar menjadi kalsium karbonida dan menjadikan batu di sini berwarna putih.
Apa yang saya sentuh ketika ini merupakan elemen keenam dan kedua puluh dalam senarai jadual berkala yang pernah kita belajar di sekolah dahulu.
Perkongsian Hariz tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terpegun dan memuji Hariz yang begitu fasih berbahasa Inggeris.