Pelakon, Harris Annuar membuat perkongsian istimewa bersama peminat sempena hari lahir isterinya yang juga pelakon, Asha Merican yang ke-27, pada Selasa.
Harris menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan dirinya yang memberikan kejutan hari lahir ketika mereka sekeluarga makan malam bersama di sebuah tapak perkhemahan.
Walaubagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila Asha dilihat mengalirkan air mata kerana rindu terhadap arwah bapanya yang sentiasa memberikan kejutan pada hari lahirnya itu.
“Asal aku pula rasa bersalah ni. Salah aku ke geng? Apa-apapun chopstick tetap menggaul makanan eh.”-kapsyen Harris di TikTok
@harrisannuar Asal aku pulak rasa bersalah ni 😅 salah aku ke geng?Apa apa pun chop stick tetap menggaul makanan eh @AshaMerican #Malaysian #Viral #funny #friends #viral #video #creator #trend
♬ original sound – Harris Annuar – Harris Annuar
“Alaa Part Yang Dia Cakap Ayah Dia…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat reaksi Asha Merican yang sedih mengenang arwah bapanya, malah ramai yang menitipkan doa agar pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Dah aku pulak nangis sekali sambil gelak 😭🤣😭🤣😭🤣.”
“Alamak part yang dia cakap ayah dia je suka buat macam tu. Terus berair mata kita.”
“Kak, saya dah tak ada ayah dah. Jadi auto mengalir air mata part ‘ayah i je suka buat macam ni dekat i’. I feel you sis 😭. Sometimes i miss whenever benda-benda ayah saya buat untuk saya.”
“Tersentuh pulak kita tengok Asha menangis, apa pun selamat hari lahir.”
Dia menangis sebab dia rasa dihargai 😭
Apa komen anda?