Perkongsian pelakon, Harris Annuar mencuri perhatian netizen ketika menghadiri konsert Akon The Superfan Tour Live In Malaysia & Singapura pada Selasa di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Harris menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dilihat berkongsi momen istimewa apabila telefonnya diambil secara rawak dan merekod video ketika membuat persembahan.
“Okay siapa nak beli phone aku? Aku charga harga T20! Sorry dowh hampir semua lagu dia dalam Nokia Daun aku yang dulu! Yang paling best dia pun Muslim!.”-kongsi Harris di Instagram
View this post on Instagram
“Cap Jari Jangan Buang…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja, malah ada yang sempat berseloroh Harris bertemu kembarnya disebabkan kedua-dua berpenampilan imej botak.
“Nasib baik tak patah leher 😂😂.”
“Walau lama terpisah, kembar tetap kenal kembarnya lagi satu ris 😂.”
“Kirim salam abang please 😂.”
“Sangat best la lagu-lagu Akon ni dulu.”
“Bukan beshe- beshe 🔥🔥🔥.”
“Cap jari jangan buang.”
“Berusaha sungguh ya 😂.”
“Pasni confirm nak jual phone harga lain pada lain kan sebab ada kesan Akon pegang.”
“Wow untungnya, nasib baik tekan record.”
“Nak pakai gak video ni please.”
Akon atau nama lengkapnya Aliaune Damala Bouga Time Puru Nacka Lu Lu Lu Badara Akon Thiam bakal beraksi di Singapura hari ini selepas bertemu peminat pada Selasa.
Apa komen anda?