Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Hati-hati Dengan Perkataan Kita, Terutama Apabila Melibatkan Orang Islam & Agama’...

    [VIDEO] ‘Hati-hati Dengan Perkataan Kita, Terutama Apabila Melibatkan Orang Islam & Agama’ – PU Riz

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah selebriti PU Riz memberi nasihat supaya setiap individu tidak mudah melemparkan kata-kata negatif terhadap satu sama lain.

    Perkongsian PU Riz

    @hrisbismail

    Handsome ke cantik ke Semuanya bergantunng akhlak bukan lagi pd rupa semata mata Choose your word wisely ?

    ? Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berpendapat, sebelum bersuara akan sesuatu hal, seseorang individu itu perlulah berfikir terlebih dahulu.

    Dalam kehidupan kita ini bukan semua benda kita boleh suarakan, bukan semua lintasan perasaan itu kita luahkan. Ada kala kita diam dan ada kalanya kita bercakap apabila sesuai.

    Mungkin hari ini kita ada perasaan marah, tidak faham akan sesuatu perkara namun bukanlah dengan kita bercakap dan meluahkan dahulu kemudian baru berfikir. Bukan begitu.

    Pendakwah berusia 29 tahun itu juga mengingatkan setiap orang agar tidak menggunakan perkataan-perkataan kesat semasa berbicara.

    Cakaplah dengan perkataan-perkataan yang berhemah kerana ingatlah, ada orang mati masuk neraka hanya sebab satu perkataan dan ada orang mati masuk syurga juga hanya dengan satu perkataan.

    ‘Diangkat darjat satu orang yang bercakap satu perkataan, hanya niat kerana Allah SWT.’

    Pesanan kepada semua

    Suami kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa itu juga menyeru setiap individu supaya berubah menjadi insan yang mempunyai keperibadian baik demi menjaga keharmonian dalam masyarakat.

    Hati-hati dengan perkataan kita, terutamanya apabila melibatkan orang-orang Islam dan agama. Tidak sewenang-wenangnya bercakap atas kehendak dan keinginan kita.

    Perhatikan sekeliling, hargai peluang dan ruang yang diberi, terutamanya dalam kita menjalani kehidupan kita di dunia ini.

    Kita teruskan dan kekalkan akhlak yang baik kerana di akhir nanti akhlak yang baik dan orang yang takut kepada Allah, menyebabkan dia ke syurga.

    ALSO READ:  Larangan Laungan Azan: Pengerusi JMB Kondominium Minta Maaf Kepada Umat Islam

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts