Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hattan Akui Anak Terkesan & Lalui Fasa Sukar Ketika Bercerai – ‘Dia...

    [VIDEO] Hattan Akui Anak Terkesan & Lalui Fasa Sukar Ketika Bercerai – ‘Dia Kata, Kalau Ada Ibu Mesti Bestkan..Saya Terduduk’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Datuk Hattan berkongsi tentang fasa sukar yang dialami cahaya matanya, Adam Eiman ketika dia dan isteri bercerai dahulu.

    Perasaan anak

    @syoksyoksyok

    Dalam episod terakhir Confession Bilik Gelap Musim Keempat, kami menyelami kisah dan pengalaman Dato’ Hattan, seorang figura ikonik yang sering mencetuskan pelbagai reaksi dalam industri muzik Malaysia. #syok #syokpodcast #podcast #confessionbilikgelap #hattan

    ? original sound – SYOK – SYOK

    Menerusi podcast Confession Bilik Gelap, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin mendedahkan anak lelakinya itu terkesan dengan perceraian dia dan isteri.

    Kita harus menerima hakikat, apabila kita berpisah jangan cakap yang anak kita akan faham. Sebenarnya dia tidak okay.

    Ketika bulan puasa beberapa tahun lalu, kami ke KLCC untuk membeli belah. Kemudian dia nampak ada seorang anak yang seusia denganya sedang pegang tangan ibunya.

    Dia kata pada saya, ‘ayah, kalau ada ibu macam tu mesti best kan?’ Saya terduduk..sedih sebab saya tahu apa yang dia nak.

    Bercerita lanjut, penyanyi berusia 58 tahun itu berkata, perpisahan yang berlaku telah menyebabkan Adam mengalami perubahan emosi ketika di bangku sekolah.

    Dia tunjukkan sikap memberontak dia di asrama. Setiap kali nak balik ke asrama dia akan kata, ‘kenapa nak kena balik ke sekolah neraka ini? Orang lain semua mak ayah dia datang.’

    Walaupun ibu dia ada pergi melawat sekali sekala tetapi dia nak kami datang berdua.

    Mendengar luahan hati anak tercinta, pelantun lagu Rendang Tak Berbuah tersebut kemudian mengambil keputusan untuk memperbaiki kekhilafannya dan bersatu kembali dengan isteri.

    Itu yang membuatkan saya rasa, ‘Adam, apa kesalahan ayah yang membuatkan Adam rasa kehilangan, ayah akan beri balik semula kepada kamu.’

    Demi anak

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan tindakan Hatttan dan menyifatkannya sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab.

    Saya hormat Datuk Hattan sebab dia sanggup turun semua ego hanya kerana nak anak bahagia.

    Menangis saya dengar, tekad betul Datuk Hattan.

    Ini adalah lelaki Melayu yang berani buat berani tanggung dan mengaku silap. Dia sanggup betulkan kesilapan demi anak.

    Sekadar info, Hattan mendirikan rumah tangga bersama Arianie Abidin pada tahun 1996 namun bercerai talak satu pada 2005.

    ALSO READ:  Tempat Shopping & Acara Menarik Yang Boleh Dinikmati di Singapura

    Selepas sembilan tahun iaitu pada 25 Julai 2013, pasangan ini kembali bergelar suami isteri.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts