Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hattan Dengar Pesanan Arwah Adik, Batal Niat Bersara Dari Dunia Hiburan...

    [VIDEO] Hattan Dengar Pesanan Arwah Adik, Batal Niat Bersara Dari Dunia Hiburan – ‘Boleh Saya Bantu Biaya Pendidikan Anak Dia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi berpengalaman, Datuk Hattan membatalkan hasratnya yang sebelum ini mahu bersara dari dunia hiburan.

    Ingat pesan arwah adik

    Ketika ditemui , Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin berkata, dia membatalkan hasrat untuk bersara selepas arwah adiknya iaitu Muhammad Hatta Shahabudin menegahnya pada malam sebelum meninggal dunia.

    Saya memang nak bersara tetapi malam sebelum arwah adik meninggal dunia dia seolah macam beri kalimat-kalimat terakhir kepada saya.

    Malam itu, arwah membebel kepada semua ahli keluarga seolah-olah semua benda tak kena.

    Kemudian dia kata pada saya. ‘Abang cik saya dengar awak nak bersara. Kenapa perlu bersara? Allah dah berikan suara dan bakat pada kamu.’

    Dia tak pernah ‘sound’ saya sebegitu rupa tetapi malam itu dia sangat serius dan dia memang tak benarkan saya bersara.

    Hattan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada petang Isnin.

    Nak biaya pendidikan anak arwah adik

    Dalam pada itu, Hattan memaklumkan bahawa dia akan terus mengingati pesanan terakhir arwah adiknya itu dan akan meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi.

    Tambah penyanyi berusia 60 tahun itu lagi, dia juga mahu membantu membiayai pendidikan anak arwah adiknya iaitu Mikael Hatta yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jerman.

    Malam sebelum dia meninggal itu juga, dia cerita pasal Rasul, Tuhan dan sebagainya.

    Ketika itulah dia kata Allah dah bagi saya bakat dan bakat itu saya boleh kongsikan dengan orang sekeliling. Buat apa perlu bersara?

    Jadi saya tak jadi bersara dan akan teruskan karier sebagai penyanyi. Sekurang-kurangnya, saya boleh bantu biaya pendidikan anak dia.

    Alhamdulillah, dia (Hatta) akan lanjutkan pelajaran ke Jerman selepas meraih keputusan cemerlang bagi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tempoh hari.

    Dan sekarang ini juga anak arwah berada di bawah tanggungjawab saya.

    Terdahulu, Hattan membuat kejutan apabila mengumumkan mahu bersara sebagai seorang penyanyi pada Januari lalu.

    ALSO READ:  ‘Ehh? Pengecut Rupanya Block Kita, Ingat Hebat Sangat’ – Puteri Sarah Bengang Digelar Geng ‘Secondhand’

    Video

    @official Penyanyi berpengalaman, Datuk Hattan membatalkan hasratnya yang sebelum ini mahu bersara dari dunia hiburan. # #fyp #news #hattan #bersara ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,206FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts