Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hawa Rizwana Dedah Pernah Patah Hati Dua Kali, Akui Terlalu Naif...

    [VIDEO] Hawa Rizwana Dedah Pernah Patah Hati Dua Kali, Akui Terlalu Naif – ‘Kecewa Itu Tersangat Sakit”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana akui sukar membuka pintu hati untuk mengenali seseorang selepas dikecewakan oleh bekas teman lelaki.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Ingatkan Jaga Batas’ – Netizen Kecewa Tengok Hawa Rizwana ‘High-Five’ Dengan Influencer Lelaki

    Artikel berkaitan: Ibu Bapa Larang Hawa Rizwana Sertai Aktiviti Lasak – ‘Saya Seorang Anak Perempuan’

    Dua kali dikecewakan

    Menerusi podcast Confession Bilik Gelap, Hawa bimbang situasi sama berulang kembali sekiranya dia bercinta lagi.

    Malah, sifatnya yang melakukan sesuatu perkara dengan sepenuh hati membuatkan dia sukar untuk melupakan masa lalu.

    Kecewa itu tersangat sakit. Bukan sekali tapi dua kali. Situasi yang sama sebab tu saya ambil masa untuk ada pasangan. Saya tak nak berulang buat kali ketiga.

    Untuk keluar daripada situasi tidak kira tentang kerja ataupun sebuah perhubungan, saya perlu ambil masa dan bukan perkara yang senang. Lebih-lebih lagi kalau kita minat kerja tu atau kita sayang seseorang itu.

    Untuk mengatasi kekecewaan yang dialami, Hawa mengambil pendekatan mendapatkan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman.

    Saya jenis berahsia walaupun dengan orang terdekat tapi semakin dewasa saya kena kongsi dengan orang yang kita percaya untuk dapatkan pandangan.

    Apa yang buat adalah saya dapatkan pandangan beberapa orang yang ada pengalaman dan latarbelakang tertentu contohnya ustaz, ustazah dan kawan-kawan saya yang matang dalam mengatasi masalah.

    Ia bukan sesuatu yang mudah untuk buat tapi bila dapat keluar daripada situasi itu, saya rasa seperti bernafas udara yang segar.

    ‘Jangan terlalu naif’

    Dalam pada itu, Hawa memberitahu dia belajar untuk tidak terlalu naif dan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pasangannya pada masa akan datang.

    Jangan naif sangat sebab saya jenis kalau dalam satu situasi itu, saya akan fokus satu per satu. Maksudnya baik sangka dan meletakkan sepenuh kepercayaan sebab itu terlalu sakit bila terluka.

    ALSO READ:  Elizad Tertekan! Keputusan Perkahwinan Dipersoal, Tidak Dapat Zuriat Jadi Beban Jiwa?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts