Penyanyi antarabangsa, Henry Moodie akui terharu melihat sambutan yang diberikan oleh peminat Malaysia sewaktu dia membuat persembahan secara percuma di pusat beli belah Tun Razak Exchange (TRX), pada Ahad lalu.
Terharu
Ketika ditemui , Henry berkata meskipun waktu yang diberikan untuk membuat persembahan agak singkat, namun dia berasa berpuas hati dapat menghiburkan peminatnya.
Malah, dia berkata momen tersebut akan disematkan dalam ingatannya.
Saya sangat seronok berada di Malaysia. Walaupun hanya beberapa jam di sini, semua orang sangat mesra dan saya pasti akan datang kembali.
Saya tak sangka penonton yang hadir sangat ramai walaupun saiz tempat itu agak kecil. Bagi saya, sangat menakjubkan sebab semua orang dapat bertemu dengan saya tapi di masa akan datang saya harap kita boleh berjumpa lagi.
Saya juga dapat merasakan kasih sayang daripada penonton dan mereka sangat pandai menyanyi dan sangat seronok untuk bernyanyi bersama-sama. Terima kasih sebab menyokong saya.
Henry berkata demikian ketika ditemui pada majlis Henry Moodie Media Session yang diadakan di Hotel Journal Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, disoal mengapa mengadakan ‘showcase’ secara percuma, pelantun lagu ‘Drunk Text’ itu menjawab acara tersebut sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokong karyanya.
Betul ia percuma, bagi saya bila datang Malaysia saya perlu buat sesuatu. Jadi saya buat keputusan untuk membuat konsert percuma ini supaya semua orang yang dari pelbagai latar belakang dapat nikmati persembahan saya.
Berkongsi lebih lanjut, penyanyi berusia 20 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan konsert di Malaysia pada masa akan datang.
Saya tidak dapat pastikan bila akan buat konsert di Malaysia, kerana banyak hal yang perlu diambil kira. Jadi sehingga kini kalau orang tanya saya masih tiada jawapan. Namun jika ada peluang mengada tidak.
Video
@official SEDAPNYA DENGAR LIVEE ??# #fyp #henrymoodie #drunktext ? drunk text by henry moodie – ourfeelings?