Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hisyam Hamid Sensitif Lakon Watak Pukul Wanita, Tempelak ‘Abuser’ Rumah Tangga...

    [VIDEO] Hisyam Hamid Sensitif Lakon Watak Pukul Wanita, Tempelak ‘Abuser’ Rumah Tangga – ‘Carilah Lawan Yang Sepadan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Hisyam Hamid mendedahkan dirinya akan cuba mengelak daripada melakukan babak memukul kaum wanita meskipun watak yang dibawa memperuntukkan dirinya berbuat demikian.

    Sensitif dengan isu pukul wanita

    Ketika ditemui , Hisyam yang melakonkan watak seorang suami yang ‘abusive’ menerusi drama terbitan sebuah stesen televisyen swasta memaklumkan dia begitu sensitif dengan perkara melibatkan penderaan terhadap kaum wanita.

    Sebelum ‘shooting’ saya ada berbincang dengan pihak produksi untuk kita ‘draw a line’ (meletakkan ‘limit’ apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak.)

    Dan kalau lihat, watak terbaharu yang saya bawa di dalam drama tersebut, orang boleh nampak watak tersebut tidak memukul isteri atau bersifat ‘abusive’ walaupun perangai dia teruk.

    Ini kerana saya sensitif sikit dengan perkara-perkara yang melibatkan wanita seperti mencederakan mereka dan sebagainya.

    Benda-benda macam itu memang saya jaga.

    Hisyam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada media majlis pelancaran platform Astro One yang diadakan di ParkRoyal Collection Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin.

    ‘Lelaki pukul wanita adalah lemah’

    Ketika ditanya apakah pandangannya mengenai wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, pelakon filem ‘La Luna’ ini berpendapat mana-mana suami yang mempunyai sifat ‘abusive’ dalam rumah tangga adalah lelaki yang lemah.

    Sebagai seorang lelaki yang sudah menjadi ketua keluarga, tanggungjawab kita adalah untuk menjaga wanita.

    Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan stigma wanita ini kaum yang lemah tetapi dari sudut tugas sebagai ketua keluarga, tanggungjawab mereka adalah untuk melindungi dan bukan untuk ambil kesempatan ke atas wanita.

    Pada saya, lelaki lemah sahaja yang akan memukul perempuan sebab kalau nak dibandingkan kekuatan sah-sah perempuan akan kalah.

    Jadi, kenapa nak pukul dia? Kalau betul nak memukul cari seseorang yang sepadan.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun ini turut menitipkan pesan kepada para lelaki yang mempunyai masalah panas baran di luar sana untuk melepaskan kemarahan mereka di tempat yang betul.

    Kepada kaum lelaki yang ada masalah panas baran dan suka memukul, perkara itu sebenarnya melibatkan psikologi.

    Setiap orang mesti ada mak, nenek dan wanita dalam kehidupan mereka. Apa perasaan kalau mak atau nenek kita kalau diperlakukan sebegitu.

    Kalau ada masalah panas barang sekalipun, carilah ruang untuk kalian lepaskan kemarahan itu.

    Sebagai contoh boleh berjumpa dengan pakar atau pergi ke tempat yang boleh membuatkan anda melepaskan geram tetapi bukan dengan cara memukul wanita atau insan yang lebih lemah daripada kalian.

    Terdahulu, pelakon Zahnita Wilson mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.

    ALSO READ:  Rekha Pernah Ditampar 2 Kali Oleh Amitabh Bachchan & Jaya Bachchan Di Khayalak Ramai

    Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

    Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts