Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hisyam Hamid Tetap Pendirian Enggan Tayang Badan – ‘Saya Tak Nak...

    [VIDEO] Hisyam Hamid Tetap Pendirian Enggan Tayang Badan – ‘Saya Tak Nak Adegan Keterlaluan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tatkala ramai pelakon gemar menonjolkan tubuh badan mereka kepada umum, namun aktor kacak Hisyam Hamid mengambil pendekatan untuk tidak melakukannya.

    Tak pernah tayang badan

    Ketika ditemui , Hisyam atau nama lengkapnya Hazmi Hisyam Abdull Hamid merasakan kurang selesa untuk menayang tubuh badannya.

    Pada saya secara peribadi, kalau badan saya cantik pun tak pernahlah dekat media sosial nak tunjuk gambar tak buka baju.

    Sebab itu pendirian saya, saya tak suka buat perkara-perkara macam itu dan kadang-kadang saya rasa cringe.

    Bagaimanapun, Hisyam berpendapat tiada masalah andai ada segelintir aktor yang mempamerkan aset mereka untuk tujuan kerjaya.

    Mungkin bagi mereka tayang badan untuk marketing dan untuk orang ambil berlakon watak aksi..bagi saya okaylah. Tapi tujuan yang baik.

    Kalau saja-saja buat untuk buat orang melting, itu terpulang kepada dia. Kadang-kadang dia sengaja nak usik pengikut di media sosial.

    Saya tak pernah buat benda-benda macam itu dan rasa tak perlu pun nak buat semua itu.

    Hisyam berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Andai Tiada Dia yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Buang babak tak pakai baju

    Bercerita lanjut, aktor berusia 39 tahun tersebut juga meminta pihak produksi untuk membuang adegannya yang tidak mengenakan baju kerana merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian.

    Saya tak nak adegan keterlaluan, sebab penonton pun dah bijak. Mereka faham saja, benda itu tak perlu nak tunjuk bulat-bulat. Saya cuba untuk mengurangkan babak-babak macam itu.

    Babak tak pakai baju semua saya minta buang dan minimakan ‘daring’ dalam sesuatu babak.

    Saya tak selesa sebab setiap babak yang dilakonkan itu pasti kena ada sebab dan tujuan. Kalau setakat nak tayang badan saya rasa tak perlu.

    Walau bagaimanapun, bapa kepada dua orang anak itu masih menitikberatkan penampilan dirinya untuk kekal relavan berikutan ramai pelakon muda kian mendapat perhatian ramai.

    Sekarang ramai yang muda dan sado, macam hari itu saya lihat mereka pergi bercuti sama-sama.

    Bila tengok itu, ada rasa yang saya kena keep up, kalau tak nanti orang akan lupa kita. Orang nak tengok benda yang indah-indah di tv jadi saya kena keep up.

    Dari segi lakonan ia bergantung dengan skrip dan sebagainya. Tapi kalau lakonan bagus pun tapi penampilan kurang itu akan memberi kesan juga, kalau boleh saya nak selaraskan dua-dua.

    Dalam perkembangan lain, Hisyam tampil dengan drama terbaharu berjudul Andai Tiada Dia yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 21 Oktober ini.

    ALSO READ:  Hati Sudah Tidak Bimbang, Suami Nora Danish Upah ‘Boddyguard’ Bantu Isteri Mudahkan Aktiviti Harian

    Drama yang penuh dengan emosi ini mengisarkan tentang kehidupan suami isteri yang bergelut dengan dilema untuk mendapatkan zuriat, ditambah pula dengan kehadiran orang ketiga.

    Selain Hisyam, drama tersebut turut dibintangi Ummi Nazeera, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan Kodi Rasheed.

    @official

    Respect ???# #fyp #news #hisyamhamid #tak #nak #tayang #keterlaluan

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts