Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hubungan Aliff Aziz & Ruhainies Baik, Tidak Bergaduh – ‘Tiada Apa...

    [VIDEO] Hubungan Aliff Aziz & Ruhainies Baik, Tidak Bergaduh – ‘Tiada Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Masih Berhubung’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Aliff Aziz bersyukur apabila prosiding melibatkan kes khalwat dengan aktres Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu berjalan dengan lancar.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Anggap Dakwaan Bertunang Dengan Aliff Aziz Merepek – ‘Bertunang? Tak Akan Berlaku’

    Artikel berkaitan: Ruhainies Nafi Datang Bersama Aliff, Senyum Sebab ‘Excited’ Nampak Rakan Media – ‘Saya Tak Pandai Berlakon Menangis Depan Kamera’

    Masih berhubungan baik

    Menurut Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz, dia akan memberi sepenuh komitmen sepanjang kes khalwat dibicarakan di mahkamah.

    Alhamdulillah apa yang harus berjalan hari ini semua dipermudahkan. Seperti apa yang dibicarakan di mahkamah tadi, prosiding ini akan disambung ke tarikh yang sudah ditetapkan.

    Secara peribadi, saya lega semua urusan berjalan dengan lancar dan memohon doa semuanya berjalan dengan baik. Apa sahaja yang melibatkan kes selepas ini, kami akan beri komitmen sepenuhnya kepada pihak mahkamah.

    Tak bergaduh

    aliff ruhainies khalwataliff ruhainies khalwat

    Mengulas tentang dakwaan dia dan Ruhainies kerap berbalas hantaran di Instastory (IG), Aliff menyatakan mereka masih berhubungan baik.

    Saya dan Ruhainies perlu melalui prosiding mahkamah berkaitan kes ini, jadi kadangkala bila kita repost IG antara satu sama lain, orang tafsir ‘oh Aliff, Ruhainies saling berbalas’.

    Bagi saya, tiada apa-apa yang boleh halang untuk kami masih berhubung. Kami tak bergaduh. Mungkin orang ingat, bila kami ada kes, kami perlu bermasam muka.

    Buat masa ini kami tiada isu dan tak perlu bermasam muka dengan Ruhainies. Apa sahaja posting itu berkaitan dengan kerja sebagainya adalah harmless.

    @official Replying to @Azli Kurus Aliff Aziz kata One By One. Anne punya punca la ni ? # #sembangentertainment #aliffaziz #ruhainies #mengaku #tak #bersalah #khalwat ? original sound – OHBULAN!

    Ruhainies dan Aliff Aziz yang terlibat dengan kes khalwat pada 9 Mac lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu ketika sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

    ALSO READ:  [VIDEO] Budak 7 Tahun Jadi Tunangan Orang Lepas Keluarga Bernazar Di Tanah Suci Makkah

    Aliff dan Ruhainies yang diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani telah membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.

    Mahkamah menetapkan 17 Oktober 2024 sebagai tarikh seterusnya untuk prosiding dan bon jaminan RM1,500 dilanjutkan sehingga tarikh sebutan kes.

    Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

    Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir ke mahkamah namun tiada sebarang pengakuan dan tangguhkan dibuat dan mereka dilepaskan dengan wang jaminan RM1,500 dan seorang penjamin.

    Terdahulu, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.

    Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi topik hangat dan sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

    Rumah tangga Aliff dan bekas isterinya yang juga pelakon Bella Astillah berakhir dengan perceraian pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts