Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hun Haqeem Kekal Hubungan Baik Dengan David Teo, Kes Langgar Kontrak...

    [VIDEO] Hun Haqeem Kekal Hubungan Baik Dengan David Teo, Kes Langgar Kontrak MIG Masih Berjalan – ‘Kedua-Dua Pihak Mahu Selesaikannya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Hun Haqeem memaklumkan tentang perkembangan terkini kes pembayaran ganti rugi terhadap syarikat Metrowealth International Group (MIG).

    Kes berjalan dengan baik

    hun david 2hun david 2

    Ketika ditemui Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy memberitahu bahawa, kes antara dia dengan pihak syarikat tersebut masih berjalan di mahkamah, di mana kedua-dua pihak mahu menyelesaikannya.

    Tak banyak sangat yang perlu dikemas kini (update) sebab ianya masih sama. Perkara ini pun dari tahun 2020, sekarang pun dah 2024.

    Jadi saya rasa kedua-dua pihak pun mahu selesaikan kes ini. Pada saya ianya berjalan dengan baik sebab prosesnya pun dipermudahkan. Jadi nanti kita tengok apa hasilnya.

    Hun berkata demikian seusai majlis tayangan drama Ke Kodiang With Love yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Dalam pada itu, aktor berusia 26 tahun ini memaklumkan hubungannya bersama Pengarah Urusan MIG, Datuk David Teo masih baik malah mereka pernah bertegur sapa di dalam sebuah majlis.

    Hubungan kami okay. Sebelum ini kami ada hadiri majlis berbuka puasa bersama-sama dan kami ada berjumpa.

    Saya bertanya khabar kepada David dan juga Jane (isteri David).

    Pelakon drama Kampung People itu juga berkata berikutan skop industri hiburan tempatan adalah sangat kecil maka mereka tetap akan bertembung di antara satu sama lain.

    Macam saya kata sebelum ini pun, industri hiburan ini kecil, jadi pada akhirnya pun kita akan berjumpa dengan satu sama lain juga.

    Pada pendapat saya, konflik itu tidak membawa ke mana-mana.

    Terdahulu, David Teo mendedahkan mengenai kemenangannya atas kes saman terhadap Hun dan mengatakan pelakon itu diperintahkan Mahkamah Sesyen untuk membayar sejumlah ganti rugi sebanyak RM613,950.

    ALSO READ:  [VIDEO] Dr. Sheikh Muszaphar dan Isteri Berkongsi Momen Menghantar Anak Sulung ke Asrama

    Ganti rugi berkenaan diperintahkan susulan aktor itu didakwa melanggar kontrak dengan MIG.

    Hun didakwa keluar daripada syarikat tersebut ketika kontraknya masih berbaki dua tahun. Difahamkan, anak kelahiran Sarawak itu sudah membayar separuh daripada ganti rugi berjumlah RM30,240.

    @official

    Semoga dipermudahkan urusan ??# #fyp #news #davidteo #hunhaqeem

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts