Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hunny Madu Terkejut, Tak Sangka Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme...

    [VIDEO] Hunny Madu Terkejut, Tak Sangka Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme – ‘Rakyat Malaysia Lebih Memahami’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara, Hunny Madu tidak menyangka masyarakat di Jepun masih kurang kesedaran mengenai autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD).

    Disergah masyarakat Jepun

    Ketika ditemui , Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim berkata, dia begitu kecewa kelakuan anak lelakinya iaitu Adam Musa mengundang kemarahan masyarakat Jepun sewaktu sedang bercuti di ‘Negara Matahari Terbit’ itu beberapa minggu yang lalu.

    Menurut Hani, meskipun dia cuba menerangkan beberapa kali mengenai keadaan anaknya itu namun kebanyakan masyarakat Jepun seakan tidak memahami dan memintanya untuk mengawal Musa.

    Saya baru pulang bercuti dari Jepun, penerimaan rakyat negara itu tentang austime memang sangat rendah.

    Negara mahu seperti Jepun masih belum terbuka minda mereka untuk menerima kanak-anak autistik.

    Saya cuba jelaskan keadaan Adam tetapi mereka tetap minta anak saya untuk diam.

    Di Jepun, asalkan awak berkelakuan baik dan sopan mereka okay. Kalau anak normal menjerit pun mereka akan marah sebab bagi mereka, ibu bapa tak pandai menjaga anak

    Hunny berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media program Borak SeeNI yang bertempat di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

    Kesedaran rakyat Malaysia tinggi

    Dalam pada itu, Hunny meluahkan rasa gembira dan berbangga dengan rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap individu yang menghidap autisme.

    Rakyat negara ini lebih memahami dan setiap kali saya beritahu tentang keadaan Adam, mereka memahaminya.

    Namun perkara itu tidak berlaku di Jepun. Walaupun anak saya duduk di meja orang lain sekejap, mereka tetap marah kami sekeluarga.

    Ketika ditanya bagaimana dirinya mengawal situasi bersama dengan Adam, Hunny memberitahu bahawa dia akan banyak berkomunikasi bersama anaknya itu setiap kali berada dalam keadaan ‘tantrum’.

    Saya lebih banyak bercakap dengannya untuk memahami personalitinya terutamanya ketika dia dalam keadaan tantrum.

    Saya juga banyak bersembang dengan ibu bapa yang turut mempunyai anak-anak autism.

    Jadi daripada situ saya dapat belajar tentang anak istimewa ini.

    ALSO READ:  Major 9 & Ain Zulaikha Mempertaruhkan Lagu Terpaling Sahur Sebagai Debut Pertama

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts