Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita bergelar ibu memukul anaknya sambil membuat panggilan video dengan bekas suaminya yang kini berada di Malaysia.
Ibu marah, pukul anak
Menurut sumber, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kota Padang, Sumatera Barat di Indonesia pada bulan lalu.
Menerusi panggilan video tersebut, berlakunya perbalahan mulut antara kedua-dua mereka apabila si isteri memaksa suaminya itu supaya menyuruh seseorang untuk menemuinya. Namun, tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan wanita terbabit.
Suruh dia datang ke sini. Aku tunggu.
Kurang senang dengan tindakan si isteri, si suami kemudian memaklumkan bahawa dia tidak tahu bagaimana mahu menghubungi memandangkan dia tidak mempunyai nombor telefon individu berkenaan.
‘Aku tak akan berhenti selagi anak-anak kau tak berdarah’
Selepas daripada itu, situasi semakin tegang sehingga wanita itu bertindak di luar kawalan dengan mengasari anaknya dengan cara menendang kepala. Turut kedengaran suara kanak-kanak sedang menangis.
Aku tak akan berhenti selagi anak-anak kau tak berdarah. Baru garis-garis je bekas pukul dengan wayar, belum berdarah.
Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, wanita terbabit yang mengalami masalah kewangan tinggal bersama tiga daripada lima anaknya manakala bekas suaminya bekerja di Malaysia.
Wakil agensi kebajikan juga telah melakukan pemeriksaan terhadap ketiga-tiga anaknya dan tiada kesan kecederaan serius akibat perbuatan tersebut.