Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ibu Terkilan Anak Dakwa Didenda Duduk Atas Lantai, Tak Mampu Bayar...

    [VIDEO] Ibu Terkilan Anak Dakwa Didenda Duduk Atas Lantai, Tak Mampu Bayar Wang Sumbangan Pendidikan – ‘Dia Menangis Kerana Malu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tular baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seorang murid telah didenda gurunya kerana didakwa tidak mampu membayar wang sumbangan untuk sekolah.

    Duduk atas lantai

    @topik_sumut

    MIRIS tak mampu bayar SPP, siswa di Kota Medan duduk di lantai. “Tanggal 6 Januari 2025 lalu, anak saya masuk sekolah. Tapi saya tidak tau kalau anak saya didudukkan di lantai kelas. Pada tanggal 7 Januari 2025, saya sudah izin kepada wali kelas, bahwa saya minta waktu sampai hari Rabu tanggal 8 Januari 2025 untuk membayar SPP,” ujar orangtua siswa. @bobbynst @prabowo @gerindra #topiksumut #viral #sumut #sumaterautara #kotamedan #murid #spp #bobbynasution #menteripendidikan #indonesia #nasional #fyp

    ? suara asli – Topik Sumut – Topik Sumut

    Kejadian yang berlaku di Medan, Indonesia itu menyaksikan ibu kepada pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Kamelia telah hadir ke sekolah kerana terkilan anaknya berada di atas lantai.

    Tidak berpuas hati melihat keadaan tersebut, Kamelia mempersoalkan tindakan guru di kelas anaknya itu.

    Dia menangis kerana malu duduk di bawah. Apa perasaan cikgu anak saya menanggung malu? Saya katakan kepadanya saya belum mempunyai wang dan minta dia bersabar.

    Saya dulu sekolah pun jarang untuk mampu bayar tetapi tidak pernah jadi seperti ini.

    Adakah meletakkan anak saya di atas lantai itu sopan? Sedangkan cikgu lebih berpendidikan berbanding saya. Setidaknya janganlah buat anak saya seperti ini.

    Saya tidak menyalahkan cikgu, yang saya salahkan adalah cikgu menganggap anak saya seperti binatang apabila dia berada di bawah. Ini peraturan dari sekolah?

    Tak mampu bayar sumbangan

    Foto: Kompas.com

    Memetik laporan Kompas.com, pelajar tersebut didenda sedemikian selama dua hari berturut-turut, didakwa kerana masih belum membayar sumbangan pembinaan pendidikan (SPP) yang tertunggak selama tiga bulan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ummi Nazeera Tukar Arah Lakonan, ‘Berehat’ Jadi Wanita Disakiti – ‘Saya Pula Yang Menganiaya Kali Ini’

    Dalam pada itu, Kamelia menjelaskan bahawa dia tidak mampu untuk melunaskan wang sumbangan tersebut berikutan belum menerima bantuan kewangan untuk tahun 2024, malah dia juga hampir menjual telefon bimbitnya.

    Difahamkan anaknya telah didenda pada 6 dan 7 Januari lalu iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

    Kamelia mengetahui tentang kejadian tersebut selepas dimaklumkan anaknya sebelum ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan guru.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts