Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ikmal Amry Tak Mahu Masyarakat Hanya Kenal Sebagai Pelakon Romeo Romantik

    [VIDEO] Ikmal Amry Tak Mahu Masyarakat Hanya Kenal Sebagai Pelakon Romeo Romantik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Asyik dikenali sebagai hero yang romantik dalam drama, pelakon Ikmal Amry menepis ‘stereotaip’ masyarakat dengan cara menyertai program realiti, Maskulin: Who’s Your Bro.

    Saya boleh berlakon watak aksi

    Menerusi temu bual bersama , Ikmal berkata, dengan adanya program realiti seperti ini, dia dapat menunjukkan kelebihan dari segi fizikal.

    Ini adalah salah satu sebab terbesar saya masuk dan sepanjang sepuluh tahun dalam industri, mungkin kebanyakan orang tidak nampak yang saya sebenarnya juga boleh pegang watak aksi. Sejujurnya, tawaran untuk watak lasak juga saya tidak ada.

    Mungkin sebab ada yang menganggap saya sebagai pelakon lebih sesuai untuk watak romantik semata-mata. Jadi apabila ada platform program realiti yang memerlukan kita fokus terhadap kecergasan, saya terus ambil peluang.

    Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd ZulIkmal Amri Ghazali, turut berkongsi mengenai persediaan yang dilakukan olehnya sebelum menyertai program tersebut. Ujar bapa kepada dua orang cahaya mata ini, dia sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan sejak beberapa bulan yang lalu.

    Sebenarnya tidak lama, tiga bulan sahaja sebab lepas habis penggambaran, badan saya susut dan berat saya ketika itu cuma 60 kilogram. Saya teruskan rutin kecergasan dan kebetulan dapat tawaran untuk sertai pertandingan ini. Malah saya rasa, keadaan kecergasan fizikal saya juga ideal dan boleh bertanding.

    Disoal mengenai sokongan daripada isteri dan keluarga, Ikmal secara ringkas menjawab, isterinya iaitu Najla sentiasa memberi sokongan apabila mengetahui mengenai program Maskulin: Who’s Your Bro ini.

    Dia menyokong apa-apa yang saya pilih untuk buat. Kemudian, dalam masa tiga bulan berlatih, dia juga yang menyediakan menu makanan diet untuk saya.

    Malah dia jugalah yang akan kejutkan saya bangun pagi untuk joging. Dia seorang yang supportive, termasuk ketika saya ada penggambaran.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Di Pihak Yang Benar’ – Puteri Sarah Tetap Mahu Teruskan Saman RM1 Juta Kes Pecah Amanah & Fitnah Terhadap Bekas Pekerja

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts