Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Imej Berhijab Jadi Tumpuan, Nora Danish Tampil Beri Penjelasan – ‘Lebih...

    [VIDEO] Imej Berhijab Jadi Tumpuan, Nora Danish Tampil Beri Penjelasan – ‘Lebih Senang Pakai Pakaian Menutup Aurat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    nora hijabnora hijab

    Pelakon jelita, Nora Danish tampil menjelaskan tentang tindakannya mengenakan hijab yang telah mencuri perhatian ramai.

    Mudah beribadah

    @noradanishhanif

    ??

    ? original sound – N O R A D A N I S H – N O R A D A N I S H

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif memaklumkan bahawa dia mengenakan hijab dan menutup aurat adalah untuk memudahkannya menunaikan solat dan membaca Al-Quran.

    Semua sedia maklum Nedim sekarang berada di hospital tapi saya tak boleh nak kongsi butiran tentang sakitnya kerana ianya adalah sulit dan sangat peribadi buat keluarga.

    Ketika saya menjaga Nedim di hospital, saya memakai pakaian yang senang untuk saya terus menunaikan solat dan dalam masa yang sama saya mengaji Al-Quran juga. Jadi lebih senang kalau memakai pakaian yang menutup aurat.

    Dalam masa yang sama, Nora menzahirkan ucapan terima kasih kerana ramai yang memberi sokongan dan mendoakannya.

    Saya nak ucapkan terima kasih kerana tidak henti-henti menyokong saya, saya hargai sangat. Saya harap doa anda, doa ibu dan doa saya juga Allah makbulkan. Insya-Allah.

    Terdahulu, aktres berusia 42 tahun itu memuat naik tiga keping foto dia memakai ‘hoodie’ berona kelabu dan mengenakan hijab berwarna hitam di Instagram.

    Meskipun menutup ruangan komen, namun perkongsian pelakon filem Polis Evo 3 itu dihujani dengan tanda ‘likes’ oleh rakan-rakan artis dan warganet.

    Sekadar info, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri bercerai pada 19 Jun lalu ia susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

    Namun, aktres berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

    ALSO READ:  ‘Selepas Permohonan Cerai, Fattah Amin Tak Ada Hubungi Saya’ – Pengurus Fazura

    Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

    Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts