Aksi tangkas penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menjalani penggambaran muzik video (MV) single terbaharunya berjudul Magis menarik perhatian ramai.
Impian Siti nak jadi Srikandi tercapai
View this post on Instagram
Datuk Seri Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi video disebalik tabir dirinya melakonkan babak aksi bersama beberapa individu lain bagi menjayakan muzik video Magis.
Dalam perkongsian tersebut, Siti yang memakai busana ala pahlawan wanita dilihat melakukan gerakan mempertahankan diri sambil memegang busur panah.
Saya belajar step bertarung di lokasi dan syukur dapat laksanakan yang terbaik dalam masa ditetapkan.
Pelantun lagu Cindai itu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan naskhah tersebut.
Siti turut meluahkan rasa syukur kerana akhirnya impiannya untuk memegang watak Srikandi tercapai.
Terima kasih guru seni pertahan diri , pelakon utama lelaki bersama saya berlawan , pelakon kanak kanak yang hebat ,pelakon aksi lasak yang gigih sama sama bertahan ditengah panas terik, team produksi yang melayan dan menjalankan kerja dengan pantas, penari saya dan semua yang terlibat menjadikan MV ini lebih menarik dan mengikut kehendak dan impian saya.
Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi.
Sementara itu, Siti berharap agar muzik video Magis itu diterima baik oleh para peminatnya.
Magis turut dijadikan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat ditayangkan di saluran Astro Ceria.