Personaliti media sosial, Imranul Effendy mendedahkan dia pernah ditawarkan sejumlah wang yang banyak untuk berkongsi foto-foto tidak senonoh.
Tidak layan
Ketika ditemui , Imranul yang juga adik kepada pempengaruh Norreen Iman itu menegaskan dia tidak akan pernah melayan permintaan tersebut meskipun jumlah wang yang ditawarkan sangat banyak.
Ada sahaja yang bergelar ‘sugar’ ini hantar mesej untuk minta gambar yang tak senonoh.
Mereka merayu, ‘tolonglah hantar (gambar tidak senonoh), sekarang juga saya akan berikan duit. Ribuan ringgit juga saya ditawarkan.
Memang banyak tapi saya tidak ambil peduli. Buat apa nak layan perkara sebegitu, malah akan dapat balasan buruk.
Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, paling mengejutkan dia juga ada menerima tawaran daripada individu yang dikenalinya.
Ada juga daripada kenalan yang saya tahu. Pada mulanya dia hanya bersembang biasa namun tiba-tiba perbualan itu berubah.
Saya tak akan sekat akaun tersebut. Cuma saya akan balas secara baik dan menolak permintaannya.
Imranul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media All Star Influencer Award (ASIA) 2024 yang berlangsung di Hotel Royal Signature pada Isnin,
Nasihat kakak
View this post on Instagram
Justeru itu, Imranul akan selalu menjadikan nasihat kakaknya sebagai panduan dalam menghadapi cabaran sebagai pempengaruh.
Sekarang terlalu banyak benda-benda viral, sebagai seorang pencipta kandungan kita perlu menjadi contoh yang baik.
Kakak selalu tinggalkan pesan untuk saya sentiasa beringat dan jangan berlebih-lebih.
Untuk info, Imranul bersama adiknya Muhammad Izzlan Iskandar bakal bersaing bersama pempengaruh dari lapan buah negara untuk mendapatkan tempat di anugerah tersebut.