Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ina Naim Dedah Anak Lelaki Sempat ‘Lari’ Pergi Kubur Sebelum Majlis...

    [VIDEO] Ina Naim Dedah Anak Lelaki Sempat ‘Lari’ Pergi Kubur Sebelum Majlis Nikah -‘Anak-Anak Team Daddy, Diorang Sporting’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Ina Naim menjadi perhatian netizen di media sosial elepas kembali bergelar isteri pada 8 November lalu.

    Ina dan suami live di TikTok

    Setelah hampir seminggu mendirikan rumah tangga, pemilik nama Nordiana Mohd Naim dan suami, Mohd Khairul Rizal telah muncul buat pertama kali pertama menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

    Sesi siaran langsung selama satu jam itu menyaksikan pasangan pengantin baharu ini bergelak ketawa sambil berbual bersama hampir 30,000 penonton.

    Bukan itu sahaja, balu kepada penyanyi Suhaimi Saad ini juga sempat menjawab pertanyaan penonton yang ingin mengetahui keberadaan anak lelakinya, Salman ketika hari pernikahannya baru-baru ini.

    Alhamdulillah, anak-anak semua okay. Masa hari pertama tu ramai yang bertanyakan tentang Salman. Dia memang sibukkan diri sebab nak elak wartawan daripada tanya dia.

    Masa saya tengah make up, dia datang bilik saya dan beritahu ramai wartawan datang. Dia takut dan tak tahu nak jawab. Tu yang dia sibukkan diri angkat dulang, makanan, lepas tu dia lari. Ingatkan pergi mana rupanya dia pergi kubur sekejap. Lepas tu dia pergi masjid.’

    Sementara itu, Khairul, 41, memberitahu bahawa hubungannya dengan anak-anak Ina sangat akrab dan dalam keadaan baik.

    Alhamdulillah, anak-anak semua team ‘daddy’ sekarang. Mereka semua sangat sporting.

    Pada 8 November lalu, Ina dan Khairul selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.

    Untuk rekod, Ina, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas kumpulan Inteam iaitu Suhaimi iaitu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan

    Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

    ALSO READ:  ‘Bila Tidak Bertudung, Mereka Suruh Pakai Tudung. Bila Dah Bertudung Mereka Suruh Buka Pula’ – Fazlina Ahmad Daud

    Video

    @izahdamansara penjelasan kak inanaim #inanaim #inasuhaimi #kisahinanaim #inanaimsuhaimisaad #inanaimkhairul ? bunyi asal – IZAH DAMANSARA

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts