Sepotong video memaparkan Ina Naim menyanyi ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.
Bertambah ceria
Menerusi sesi itu, Ina atau nama lengkap Nordiana Mohd Naim, 40, menyampaikan lagu berjudul ‘Rindu Pada Mu’ nyanyian asal Yasin Sulaiman.
Ina yang mengenakan baju berona merah jambu ditemani suami, Khairul Rizal di sisinya yang turut sama-sama menyanyi.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terubat rindu apabila setelah sekian lama tidak mendengar Ina menyanyi.
Tidak hanya itu, ada juga segelintir netizen yang merasakan Ina kelihatan bertambah ceria selepas mendirikan rumah tangga dengan Khairul.
Dulu bukan Ina tak gembira, cuma mungkin tiada masa sebab anak kecil. Sekarang anak dah besar jadi dia banyak masa untuk diri sendiri.
Makin cantiklah Ina sekarang, now nampak dia betul-betul jadi diri sendiri. Ceria selalu.
Ina dan suami meluahkan rasa cinta mereka dalam lagu, semoga bahagia selamanya.
Sekadar info, pada 8 November lalu, Ina dan Khairul selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.
Ina, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad iaitu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Video
@ninaina678 #inanaim #videoviraltiktok #fyppp ? original sound – Ninaina678