Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ina Naim Perlu Figura Suami, Bantu Didik Anak-Anak – ‘Mereka Memang...

    [VIDEO] Ina Naim Perlu Figura Suami, Bantu Didik Anak-Anak – ‘Mereka Memang Tidak Ke Sekolah Tetapi Kena Belajar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, November ini.

    Penjelasan Ina

    @chuarekarimjer

    Tahniah Ina Naim dan pasangan . In shaa Allah SS dah tenang dan bahagia dia Sana . Ina perlukan pembimbing utk jaga anak2 dan diri ina jugak ?? #inanaim #suhaimisaad

    ? original sound – Chuarefaizol – Chuarefaizol

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim menjelaskan bahawa dia memerlukan figura seorang suami untuk membantunya membesarkan anak-anak yang meningkat dewasa.

    Dalam masa yang sama, Ina juga mendedahkan anak-anaknya kini sering berhubung dengan bakal bapa tiri mereka.

    Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa baru mereka. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar.

    Anak-anak memang tidak ke sekolah tetapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.

    Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia.

    Majlis sederhana

    Bakal melangsungkan pernikahan pada 8 Novemeber ini, Ina turut berkongsi tentang hari bahagianya itu.

    Menurut ibu kepada empat cahaya mata tersebut, majlis akan diadakan secara sederhana dengan menjemput keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

    Minta maaf tak dapat jemput semua kerana saya tidak buat majlis besar pun. Minta maaf banyak-banyak kepada netizen dan kawan kawan di TikTok, kalau boleh memang saya nak jemput semua.

    Saya buat majlis nikah sahaja dan menjamu makan untuk saudara dan rakan-rakan terdekat.

    Saya bukannya anak dara atau muda lagi. Saya sudah tua dan ada anak-anak, takkan kita nak duduk atas pelamin untuk bersanding.

    Jadi saya buat perkara yang wajib sahaja iaitu bernikah dan jamu tetamu makan.

    Untuk rekod, Ina berkahwin dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007 dan hasi perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

    ALSO READ:  Apa Itu Sentuhan Selamat & Kenapa Ianya Penting?

    Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts