Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ina Naim Pernah Dikecam Tak Menangis Ketika Kematian Suhaimi – ‘Suami...

    [VIDEO] Ina Naim Pernah Dikecam Tak Menangis Ketika Kematian Suhaimi – ‘Suami Meninggal Dalam Keadaan Baik, Jadi Kenapa Nak Sedih?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ina naim suhaimiina naim suhaimi

    Isteri kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim dilihat sering berkongsi tentang keperibadiaan arwah suaminya di media sosial.

    Tolak riba

    @zyannys

    Allah lindungi family arwah ss moga kita semua dapat mengambil pengajaran dalam meluruskan tauhid lagi aamiin yrba kematian khusnul khotimah @inasuhaimi78 #inanaim #suhaimisaad

    ? original sound – zyanys l share barang best – zyanys

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama sebenarnya Nor Diana Naim mendedahkan bahawa dia pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat kerana tidak meratapi pemergian arwah suaminya.

    Menurut Ina, dia tidak menangis kerana baginya arwah Suhaimi meninggal dunia dalam keadaan yang baik.

    Ada orang cakap, ‘dia ni memang gila, tak betul..laki mati tak menangis’.

    Nak buat apa kita menangis di atas kematian suami? Lainlah kalau suami meninggal dalam keadaan mati katak atau buat maksiat..yang itu kita sedih.

    Suami kita meninggal dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) para malaikat, bidadari dan Allah sambut dia, jadi kita nak sedih kenapa? Saya pun nak mati macam tu.

    Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak ini berkata dia akan sentiasa mengingati pesanan arwah suaminya iaitu menghindari riba.

    Benda yang dia sangat jaga daripada muda adalah nak membeli barang. Alhamdulillah terhindar daripada segala riba termasuk telefon, penapis air, tilam, rumah.

    Dia pesan dekat saya kalau nak beli barang, belilah secara tunai kalau tak ada sabar tunggu..Allah akan bagi. Jangan ambil riba, riba adalah musuh Allah.

    Allah tak suka mereka yang ambil riba, mereka yang ambil riba dia seolah-olah sedang berperang dengan Allah.

    Terdahulu, kesihatan Suhaimi dilaporkan merudum sejak awal Oktober tahun lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Buat Masa Sekarang Suami Syasya Tak Bekerja’ – Rozie Othman

    Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.

    Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts