Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ina Naim Tak Pandang Nilai Nafkah Daripada Suami – ‘Yang Batin...

    [VIDEO] Ina Naim Tak Pandang Nilai Nafkah Daripada Suami – ‘Yang Batin Penting, Zahirnya Tengok Kemampuan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Ina Naim dan suami barunya, Mohd Khairul Rizal sekali lagi mencuri perhatian warganet, kali ini tentang perihal nafkah.

    Nafkah zahir & batin

    @papalarisofficial

    Baik betul ina ni.. tak kisah pun pasal nafkah patutlah senang dapat jodoh..

    ? Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, usahawan Datuk Aliff Syukri bertanya kepada Ina berapakah nafkah yang diterimanya daripada suami.

    Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim kemudian menjawab, dia tidak mementingkan nilai nafkah malah menyerahkan segalanya mengikut kemampuan suami.

    Sebenarnya yang penting dia jaga saya dan anak-anak dengan elok, beri pendidikan dan yang paling penting dia sayang saya selalu.

    Untuk nafkah yang batin penting, yang zahirnya kita tengok kemampuan.

    Selain itu, balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad tersebut juga menegaskan bahawa pemberian duit raya oleh suami adalah tidak wajib.

    Duit raya tak termasuk dalam nafkah. Ia adalah hadiah daripada suami.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji wajah ayu Ina yang didandan dengan solekan selain menyifatkannya sebagai seorang isteri yang bijak.

    Betul, kasih sayang paling penting walaupun nafkah sedikit janji suami sayang dan ikhlas.

    Bijak Ina jawab, ikut kemampuan suami.

    Duit raya adalah hadiah, jawapan isteri solehah. MasyaAllah.

    Pada 8 November lalu, Ina dan Khairul selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.

    Untuk rekod, Ina, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas kumpulan Inteam iaitu Suhaimi iaitu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Takkan Nak Makan Pasir’ – Hasif Upin Dakwa Pihak Pengurusan Suruh Kosongkan Rumah Sewa Dalam Tempoh 10 Hari

    Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts