Kotor dan menjijikkan! Itulah yang dapat digambarkan situasi dilalui seorang individu ini selepas membeli juadah berbuka puasa di sebuah gerai di Klang, Selangor.
Air keladi ada cicak
Menerusi video pendek yang dikongsikan, individu terbabit hanya menyedari terdapat seekor cicak di dalam bungkusan tersebut ketika mahu menuang minuman berperisa keladi itu ke dalam jag.
Masa ni beli air balang tepi jalan kawasan Klang. Sebab teringin sangat air keladi. Dah siap tuang 2 jag, ada baki sikit lagi dalam plastik. Saya tergerak hati nak tuang semua dalam cawan, sekali ingat cincau nak gelongsor dalam cawan. Rupanya cicak yang dah hampir reput.
Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini meluahkan rasa syukur kerana mereka sekeluarga tidak sempat menikmati hidangan air tersebut.
Kalau ada bangkai cicak pun satu bilik dah bau. Ini kan pula dalam balang air kan, kasihannya orang yang tak tahu tu.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka. Malah tidak kurang juga, ada di antara mereka menasihati para peniaga agar menjaga kebersihan makanan dan minuman yang dijual selain perlu ikhlas dalam melakukan setiap perkara.
Video
@azie_anjeeeeTime nie beli air balang tepi jln area klang… sbb tringin sgt air keladi..dah siap tuang 2jug , ada balance sket lg dlm plastik …sy tergerak hati nk tuang smua dlm cawan ..skali ingat cincau nk gelonsor dlm cawan ..rupanya cicak yg dah hampir reput ??????…kecoh satu dapur sy menjerit ..geli giler ?? ???????????? ???? – Aizh