Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hajar Hanif, 28, selamat mendirikan rumah tangga dengan influncer, Azwan Aziz pada jam 11:30 pagi, Sabtu.
Selamat bernikah
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Hanif Gohar Rahman di hadapan jurunikah, Syed Abdullah Syed Nordin.
Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah Masjid di Kuala Lumpur, Hajar menerima mas kahwin berjumlah RM300, bagaimanapun jumlah hantaran dirahsiakan.
Difahamkan, majlis penyatuan dua hati itu berlangsung secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat di sebuah masjid di Kuala Lumpur.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pasangan itu dilihat mengenakan baju sedondon berona putih.
Imbas kembali, Hajar pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh bernama Mikhail Issaq, pada Januari 2017, namun disahkan bercerai talak satu pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Darwish, 5, dan Mikhail Darris, setahun.