Sekitar awal tahun ini, pelawak Malaysia iaitu Uncle Roger (atau nama sebenarnya Nigel Ng) telah menjadi perbualan orang ramai selepas membuka restoran pertamanya di Malaysia.
Terletak di Pavilion Kuala Lumpur, restoran yang diberi nama ‘FUIYOH! It’s Uncle Roger’ telah menarik perhatian orang ramai terutamanya blogger makanan.
View this post on Instagram
Mendengar aduan orang ramai mengenai restorannya, Uncle Roger telah membuat pengumuman mengejut ketika pembukaan cawangan terbaru di MyTown dan IPC Shopping Centre.
View this post on Instagram
Semasa ditemu bual oleh pempengaruh Sam Wong, Uncle Roger mendedahkan dia telah pun menurunkan harga nasi gorengnya.
Nasi gorengnya itu kini dijual pada harga RM16 dan bukannya RM18. Tetapi penurunan harganya ini hanya tertakluk kepada cawangan restorannya di MyTown sahaja.
View this post on Instagram
Uncle Roger turut menjelaskan bahawa harga asal sepinggan nasi goreng yang dijualnya itu adalah berbaloi kerana lokasi restorannya di Pavilion Kuala Lumpur, di mana ia dikelilingi oleh banyak kedai mewah.
Apa pendapat kamu?