Sebelum ini, pelakon Didi Astillah meluahkan rasa kesal selepas mengetahui abang iparnya, Aliff Aziz muncul dalam satu sesi podcast bersama TheCommonFolks SG pada Khamis adalah rancangannya bersama Ruhainies.
Tambah Didi, dia turut berasa kecewa dengan tindakan Aliff yang didakwa memberikan kenyataan tidak benar tentang perkahwinan bersama kakaknya, Bella Astillah hanya untuk .
Sampai hari ni kasut tak pakai
Terbaru, Didi berkongsi sebuah video di mana kakaknya, Bella Astillah sentiasa melakukan perkara romantik terhadap abang iparnya itu. Menerusi video yang dikongsikan, Bella kelihatan membalut hadiah kasut untuk diberikan kepada Aliff sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Ujar Didi, kakaknya turut membeli kasut yang sama untuk dipakai dan kelihatan sedondon. Namun apakan daya, kasut itu masih disimpan oleh kakaknya sehingga ke hari ini malah, tidak dipakai langsung.
Ini ke tanda-tanda orang yang memang mau bercerai macam kak long ni. Kak long punya effort untuk birthday abang siap beli kasut untuk sama dengan kak long. Sampai hari ni kasut tu tidak dipakai pun. Korang nilailah sendiri.
Terdahulu, Didi turut menjelaskan mengenai layanan bak puteri Aliff kepada Bella hanyalah bersifat sementara. Selain memaklumkan bahawa sikap Aliff mula berubah selepas mula penggambaran bersama NRF.
Video
View this post on Instagram