Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Ini Mungkin Kali Terakhir Abah Tengok Olimpik’ – Bapa Dayah Bakar

    [VIDEO] ‘Ini Mungkin Kali Terakhir Abah Tengok Olimpik’ – Bapa Dayah Bakar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara Dayah Bakar berkongsi momen ketika bapanya sedang menonton perlawanan badminton Olimpik 2024.

    ‘Panjangkan umur abah’

    @dayahbakar

    Badminton is abah’s fav game ?

    ? Scott Street (Slowed Down) – Phoebe Bridgers

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan bapa kepada pengacara itu sedang menonton perlawanan akhir badminton antara Malaysia menentang India.

    Dalam masa yang sama, dia turut menadah tangan dan mendoakan kejayaan pemain perseorangan negara iaitu Lee Zii Jia.

    Ya Allah, bagilah Malaysia menang. Amin.

    Namun, paling menyentuh perasaan adalah apabila bapanya berkata itu mungkin kali terakhir dia menyaksikan Olimpik.

    Saya tak sangka. Bukan kemenangan, tetapi lepas habis semua ini, abah cakap, ‘ini mungkin kali terakhir abah tengok badminton Olimpik sebab selepas ini lagi empat tahun’.

    Dayah atau nama lengkapnya Nur Hidayah Abu Bakar tidak dapat menahan air mata selepas mendengar kata-kata daripada bapanya itu.

    Pengacara berusia 35 tahun itu kemudian berdoa agar bapanya sentiasa sihat dan dilanjutkan usia.

    Saya menangis, saya tak bersedia dengan kenyataan abah itu.

    Ya Allah panjangkanlah umur abahku dan limpahkan keberkatan dan kesihatan yang baik untuk abah. Amin.

    Untuk info, Zii Jia merupakan penyumbang pingat yang kedua buat negara bagi temasya sukan berkenaan selepas pasangan beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang turut memenangi pingat gangsa menewaskan pasukan Denmark.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts