Pelakon, Intan Ladyana gagal menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Evie ke tadika.
‘Dah tahan, tapi ternangis’
@harrisalifDah lama Mommy tahan sedaya upaya tapi harini ternangis jugak .. ??? Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD
Menerusi perkongsian suaminya, Harris Alif di TikTok, dapat dilihat Intan sedang masuk ke dalam kereta selepas menghantar Evie ke tadika.
Intan kemudiannya menangis selepas melihat anaknya itu dari jauh.
Bila cikgu dah dukung, Evie tak menangis dah.
Kita tengoklah dia sampai naik atas (bilik belajar).
Menurut Harris, isterinya itu sudah cuba sedaya upaya untuk menahan diri daripada menitiskan air mata namun tidak berjaya.
Dah lama Mommy cuba tahan sedaya upaya tapi hari ini ternangis juga.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi Intan yang menangis selepas menghantar anaknya ke sekolah.
Pada Disember lalu, Intan mencuri perhatian apabila tidak dapat menahan sebak selepas Evie sudah pun memulakan persekolahannya dia Tadika.
Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Evie dan Umar yang kini berusia lapan bulan.