Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa berkongsi detik awal percintaannya dengan suami, Datuk Ahmad Azraf Azman.
Suami mengorat dulu
@inayahbeautytrading Q&A bersama Intan Najuwa?#fyp #intannajuwa #bellaastillah #puterisarahliyana #adirasuhaimi #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop ? Bila Nanti – Nabila Maharani
Menerusi satu sesi soal jawab bersama jenama sebuah produk suplemen, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid memaklumkan dia mula berkenalan dengan suaminya itu menerusi satu pertemuan bersama rakan-rakannya.
Menurut Intan, suaminya yang memulakan langkah mengoratnya terlebih dahulu.
Saya kenal dengan suami dari kawan dan kenalan rapat, kami berjumpa dan dari situlah kami mula berkenalan.
Sudah tentu suami saya yang mengorat saya dahulu.
Hello, kita perempuan, kenalah lelaki mengorat kita dulu.
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Kekasih Paksa Rela’ ini memaklumkan dia mahu menimang sekurang-kurangnya tiga orang cahaya mata.
Saya nak anak maksimum tiga orang tetapi kita bergantung kepada rezekilah.
Sekadar info, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah terletak di Johor.
Semenjak mendirikan rumah tangga, Intan kerap menjadi perhatian wargamaya apabila dilihat sering dimanjakan Azraf.