Selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan, pelakon Datin Intan Najuwa berhasrat untuk memiliki bayi lelaki pula.
Tak serik
@nana.lourdes #deliveryjourney #laborjourney #laboranddelivery #pregnancyjourney #momtalk #labortalk #csection #csectiondelivery #csectionmom #recoveryjourney
? original sound – Nana Lourdes – Nana Lourdes
Menerusi perkongsian di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, dia tidak serik untuk melalui sekali lagi proses bersalin.
Sebenarnya saya pernah cakap yang saya tak mahu beranak lagi, tetapi sekarang saya sudah okay jadi rasanya boleh lagi (hamil).
Saya nak lagi seorang, kalau boleh nak anak lelaki.
Menurut aktres berusia 27 tahun itu, pengalaman semasa melahirkan bayi sulung yang menyakitkan sebelum ini membuatkan dirinya nekad untuk tidak mahu hamil lagi.
Walau bagaimanapun, selepas sembuh, Intan berubah fikiran malah mahu menambah zuriat.
Semasa keluar dari bilik pembedahan dulu saya dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak beranak lagi dan berkata kepada suami, ‘sayang, saya tak nak lalui dah, sakit kena spinal lima kali.’
Lepas dah hilang sakit, nak baby boy lah lagi satu..last.
Itulah perempuan tak serik-serik, sebab dah lupa sakit macam mana.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai kaum ibu turut mengalami perkara yang sama dan berkongsi pengalaman mereka semasa melahirkan cahaya mata masing-masing.
Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Intan sebelum itu, mendedahkan dirinya hamil anak pertama selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.