Seorang guru vokal iaitu Adzrin Adzhar berpendapat bahawa bekas isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar memiliki suara yang merdu.
‘Ira Kazar boleh menyanyi, suara dia sedap’
Menerusi hantaran di TikTok, Adzrin mengakui bahawa Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin mempunyai kebolehan untuk menyanyi namun terdapat kelemahan dari segi sistem sokongan pernafasan.
Kalau tanya saya, jawapan saya Ira Kazar boleh menyanyi, suara dia sedap. Sebagai seorang penyanyi, antara benda yang paling kita nak cari adalah tone. Memang semua orang unik, Allah jadikan setiap orang tu berbeza dan setiap orang mempunyai yang tersendiri.
Macam Ira Kazar, dia dah jumpa dah tone suara dia cuma kesalahan atau kelemahan pada vokal dia ialah sokongan pernafasan (breathing support system). Nak kekalkan not tak dapat bergerak lancar.
Tambah Adzrin lagi, untuk bahagian pertama nyanyian, Ira mampu melakukannya namun apabila masuk ke bahagian kedua, terdapat sedikit ‘kecacatan’ pada suaranya.
Bahagian pertama dia dah dapat, bila bahagian kedua, dia dah pusing bergerak, ini kerana ‘breathing support system’, stamina tak cukup untuk menampung ‘projection’ kita.
Terdahulu, anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira menyanyikan lagu berjudul Jangan Kau Mimpi dendangan asal Allahyarham Siti Sarah.
TikTok
@adzrinadzhar KALAU TANYA SAYA, JAWAPAN SAYA SUARA DIA SEDAP. #adzrinadzhar #trusttheprocess #vocalcoach #mayinmenyanyi #belajarmenyanyi #vokal #learnontiktok #musicontrend ? original sound – Adzrin Adzhar