Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu – ‘Alhamdulillah,...

    [VIDEO] Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu – ‘Alhamdulillah, Selesai’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar enggan memberi sebarang komen berhubung perceraian dengan bekas suami, Syamsul Yusof yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada Khamis.

    ‘Alhamdulillah, selesai’

    @official Replying to @AzzaLeya Leong Ira Kazar kelihatan tenang setelah semuanya selesai pada hari ini. Stay strong sis ?? # #sembangentertainment #irakazar #tenang #selepas #cerai #syamsulyusof #talak #satu ? original sound – OHBULAN!

    Ketika ditemui , Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin hanya meluahkan rasa syukur kerana urusan perceraiannya telah selesai dan berjalan dengan lancar.

    Tiada apa. Alhamdulillah, selesai.

    Ira juga meminta maaf dan memaklumkan tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

    Minta maaf ya. Terima kasih.

    Sementara peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata anak guamnya berada dalam keadaan bersedia menerima apa saja keputusan mahkamah hari ini.

    Saya dari awal meminta dia bersedia, jadi apa yang berlaku hari ini sudah jatuh dan sudah pun disabit.

    Soal emosi dia saya percaya kita hormati dan cuma saya boleh beritahu saya sudah pesan pada dia (Ira) dari awal lagi untuk bersedia.

    Pada Khamis, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah sensasi, Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

    Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

    Terdahulu, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.

    Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada persefahaman.

    ALSO READ:  Siti Khadijah Tak Sabar Nak Bagi Duit Raya, Sempat Curi Masa Sempurnakan Resepi Rendang

    Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts